TERKINI: Rita Menang, Mahkamah Batal Permohonan Aidil Dapatkan Hak Penjagaan Anak -SHAH ALAM : “Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”
Demikian kata pelakon popular, Rita
Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam
hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.
Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.
“Saya benarkan Aidil Zafuan
jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan
pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.
“Bukan saya yang keluar rumah
bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa
anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah,” katanya.
Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi
Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin
pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.
Menurutnya, Aidil Zafuan gagal
membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak
mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.
“Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif,” katanya.
Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.
Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba
di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili
peguam Norasyada Osman.
Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd
Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah berkata, bantahan awal
berkenaan difailkan anak guamnya terhadap Aidil Zafuan membabitkan isu
tempat tinggal.
Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat
rumah yang didiami Rita di Damansara ketika permohonan hak penjagaan
anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah
berkenaan sejak Januari tahun ini.
Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan juga adalah alamat di Negeri Sembilan.
“Beliau kemudian memaklumkan kepada
mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah
pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu,”
katanya.
Permohonan hak penjagaan anak difailkan
Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi
Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Media sebelum ini melaporkan rumah
tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari
rumah mereka di Damansara. – SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment