Thursday 27 September 2012

Gadis MELAYU bangga jadi penari gelek separuh bogel..

Nak hidup memanglah kena ada duit.., tapi tak guna hidup kalau biarkan duit jadi 'Tuhan' dalam kehidupan beb..

Banyak lagi kerja halal yang boleh dilakukan, tapi gua pelik kenapa kerja macam ni jugak yang budak melayu tu buat..? Nak cepat kaya.., inilah jadinya..

Metro melaporkan, sorang gadis melayu sanggup mendedahkan tubuh badan hanya kerana mahu meraih pendapatan lumayan..
“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

Isteri curang mengaku 10 kali terlanjur.. Apa nak jadi nii...?



Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.

Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.

Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.

“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.

Remaja berdoa sambil buat maksiat.. TERBAEKK!!!


Errr.., sebenarnya gua agak ketinggalan dalam bab berdoa cara baru ni.. Tak tahu pulak boleh berdoa selepas bermaksiat ye..

Mungkin dengan cara yang dipraktikkan oleh couple melayu dalam gambar tu, Tuhan akan lebih mudah makbulkan doa dorang kot..

Tak pun, dengan cara berdoa selepas berpeluk sakan, Tuhan akan restui hubungan dorang.. Perghh.., memang superb la beb bebudak sekarang kann..

Gua rasa, ni lah Islam liberal yang cuba diperkenalkan oleh golongan berhaluan kiri dalam negara kita ni..

Kalau peliwat dan pelanggan Chinadoll pun boleh dorang angkat sebagai bakal Perdana Menteri, apa nak heran dengan situasi remaja diatas tu kann... Hidup Liberal!!!!

DUNGUN- Pelajar IPTA sewa bilik untuk NAFSU SONGSANG



Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang .

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

BANGGA TIADA DARA KECOH DI FACEBOOK


remaja sekarang, tanpa segan silu mengaku dan memberitahu rakan-rakan dalam facebook yang mereka dah tiada dara…kemana hilangnya maruah dan kemaluan mereka…
dunia sekarang makin canggih…maruah pon makin takde…

[18SXX] Anak dara melayu beraksi GHAIRAH ala Lesbian dalam tandas.

 Sebelum ni kita digemparkan dengan perlakuan sorang pemimpin kanan politik sebuah parti cap mata yang beraksi melampau dalam jamban.. Tapi kes tu senyap macam tu je beb..

Sekarang ni, tersebar pulak gambar-gambar sepasang remaja pompuan melayu yang beraksi Lesbian didalam laman sosial..

Gua tak tahulah sama ada remaja melayu tu terpengaruh dengan aksi ahli politik tersebut atau dorang memang dah biasa buat macam tu dalam jamban..

Tapi semua ni menunjukkan betapa beraninya anak dara melayu sekarang beraksi melampau dan upload perlakuan dorang tu dalam laman sosial..

Gua tak tahu dimana hilangnya sifat malu dorang tu beb.. Mungkin dorang rasa bangga bila bergambar macam tu dan pamerkannya dalam Fesbuk..

Apapun, inilah nilai moral segelintir anak dara melayu zaman sekarang.. Inilah realiti yang cuba dinafikan oleh sebilangan mak bapak dalam negara dengan menyalahkan pemerintah..

Korang cuba fikir.., satu hari nanti.., anak-anak dara melayu yang beraksi hilang akal dalam gambar diatas tu mesti akan berkahwin jugak...

So.., layakkah bakal suami anak-anak dara macam diatas tu bayar hantaran berpuluh ribu masa kahwin hanya untuk dapat "barang" yang dah barai beb?

Gua simpati kepada bakal suami anak-anak dara melayu ni nanti...



Anak dara melayu tayang LOVEBITE di Fesbuk..


Gambar diatas ni gua dapat dalam satu forum.. Katanya, gambar ni milik sorang remaja melayu yang bangga sangat tayang LoveBite dia pada kengkawan..

Gua rasa, orang yang dah kahwin pun agak malu untuk tayang lovebite dia pada umum.. Tapi budak remaja melayu kita tu selamba je nampaknya..

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada remaja sekarang.. Bukan saja dorang dah makin berani, tapi dorang dah makin hilang rasa malu didalam diri masing-masing..

Cuba korang bayangkan, kalau sorang anak dara melayu dah berani tayang LoveBite didalam Fesbuk, apakah dia ada perasaan malu?

So kalau dah tak ada perasaan malu, jangan heran kalau ada budak melayu yang sanggup bunuh bayi sendiri dan campak bayi tu merata-rata..

Sebab tu ramai yang kata.., melayu sekarang makin layu.. Bukan layu kerana tak cukup makan.., tapi layu kerana nak ikut setan!!

Wednesday 26 September 2012

Jue Aziz Nafi mencintai suami Rita

KUALA LUMPUR – Pelakon Zuliana Abd. Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan dakwaan dia memiliki hubungan istimewa dengan suami pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya.
“Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia.
“Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa? Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil.”

Muncul selepas ghaib 18 hari


CHANGKAT LADA – “Fikiran saya kosong, saya hanya menunggang motosikal ini ikut kata hati, sedar-sedar sudah ada di tempat lain,” demikian pengakuan Mohd Razali Bidin, 46, yang dipercayai menghilangkan diri bersama anak tunggalnya, Mohd Izani, 7.
Mereka yang dipercayai ‘ghaib’ selepas keluar dari rumah di Changkat Lada, di sini, 1 September lalu selamat pulang dengan beberapa kesan kecederaan, 19 September lalu.
Mohd Razali berkata, pada hari kejadian, dia bersama anaknya menunggang motosikal Honda Wave ke arah Ipoh untuk menyelesaikan beberapa tuntutan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah isteri, tanpa menyedari perjalanannya masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
“Selepas selesai urusan itu, saya memang nak terus pulang ke rumah, tetapi tidak tahu bagaimana saya masuk ke lebuh raya dan terus memandu seperti tidak ada arah tujuan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya, di sini.
Perjalanan yang tidak dirancang itu akhirnya membawa Mohd Razali dan anaknya ke Kuala Lumpur.
“Sedar-sedar saya sudah sampai di Kuala Lumpur, disebabkan penat dan lenguh badan, kami menumpang tidur di masjid dan surau sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.
Perjalanan dua beranak itu tidak berakhir di situ apabila dengan bekalan sedikit wang yang ada, mereka meneruskan ‘konvoi’ motosikal ke Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum singgah di Perlis, Kedah dan kembali menemui jalan pulang ke Perak.
Lebih mengejutkan, meter motosikal yang baru dibeli lima bulan lalu itu sudah mencecah 16,000 kilometer.
Tak fasih membaca
MOHD Razali berkata, keadaan dirinya yang tidak begitu fasih membaca menyebabkan dia nekad meneruskan perjalanan bersama anak hanya mengikut gerak hati.
Katanya, ketika itu, tidak timbul perasaan takut atau gentar kerana hasratnya hanya satu, semoga perjalanan yang ditempuh itu akan menemukannya kepada jalan pulang.
“Saya sendiri tidak tahu membaca, jadi saya ambil keputusan, ikut sahaja laluan yang ada dan tidak kisah sampai di mana sekalipun,” katanya.
Mohd Razali berkata, sepanjang tempoh perjalanan mereka selama hampir tiga minggu itu, anaknya sering menangis kerana keletihan.
“Saya hanya mampu memujuknya supaya bersabar, memang saya ada berhubung dengan saudara mara lain melalui telefon, namun talian tidak jelas, malah pencarian mereka di lokasi yang saya katakan tidak menemukan kami,” katanya.
Surau, masjid jadi rumah kedua
SEPANJANG penjelajahan itu, Mohd Razali berkata, surau dan masjid menjadi ‘penginapan’ mereka setiap malam.
Menurutnya, menyedari wang yang dimiliki RM200 tidak mencukupi untuk menampung makan dan minum mereka, dia yang kebetulan membawa buku akaun mengeluarkan wang sebanyak RM600 untuk perbelanjaan.
“Bila lapar, kami singgah makan di kedai dan apabila penat kami rehat di mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai.
“Sepanjang hidup, inilah kali pertama saya pergi ke tempat-tempat yang jauh, kerana sebelum ini saya hanya pernah ke Selangor bersama arwah isteri,” katanya.
Dua kali kemalangan
PENGALAMAN yang paling tidak dilupakan Mohd Razali apabila terbabit dalam dua kemalangan menyebabkan mereka mengalami luka ringan.
Katanya, mereka juga beberapa kali terpaksa menolak motosikal apabila mengalami tiga kali tayar kenderaannya, pancit.
Menurutnya, kali pertama berlaku atas kecuaian sendiri apabila dia terbabas ke laluan tepi dan kali kedua, kenderaan mereka dirempuh kereta dari arah belakang.
“Mujurlah kami tidak alami luka parah, hanya luka di siku dan pinggang sementara anak saya luka di lutut,” katanya.
Mohd Razali kini sudah serik pergi ke tempat yang tidak pernah dikunjungi kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.
“Selepas ini, biarlah saya hanya meronda-ronda di kawasan ini sahaja, jika ada keperluan untuk ke tempat lain, saya akan minta bantuan orang lain,” katanya.
Bukan sebab rindukan isteri
KETIKA ditanya pemberita, adakah tindakannya itu ada kaitan dengan kehilangan isterinya, Mohd Razali berkata, sememangnya dia merindui arwah isterinya, namun pemergiannya bersama anaknya selama tiga minggu bukan didorong faktor berkenaan.
Katanya, perjalanan yang dilaluinya itu bukan kerana sedih atau mahu membuang perasaan rindu, tetapi tersesat jalan disebabkan tidak fasih membaca.
“Saya sendiri tidak mengetahui bagaimana saya boleh melakukan perkara ini sehingga membawa saya pulang semula ke rumah.
“Detik 19 September tidak akan saya lupakan kerana pada hari itu saya sudah sampai di Perak dan berjaya mencari jalan pulang setelah hampir tiga minggu berkelana,” katanya.
Isterinya, Om Abdullah, 46, yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah meninggal dunia 28 Ogos lalu akibat sakit lelah yang dialaminya sejak setahun lalu.
Mohd Razali kini meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya dengan bekerja mengambil upah mengutip buah sawit.
Dia yang sebelum ini tidak bekerja mengambil keputusan untuk memulakan kerja bagi memastikan masa depan anaknya terjamin.
“Sebelum ini saya tidak bekerja kerana perlu menghantar dan mengambil arwah isteri, sebab dia tidak pandai menunggang motosikal,” katanya yang dibayar gaji mengikut jumlah guni buah sawit yang dapat dikutipnya iaitu satu guni RM3.

Bangganya dapat BBM dengan suami orang – Rita Rudaini


Dibawah berikut adalah antara penjelasan Jue Aziz yang dipetik :-
“MASALAH mereka suami isteri pun belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil pun macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana saya tahu segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.
Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa pula mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.
“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan kemukakan bukti sekali.
Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun akan perkara ini.
sumber : Rita jangan kaitkan saya dengan Aidil – Jue Aziz.
Dalam pada itu, melalui akaun rasmi twitter Rita Rudaini semalam juga, kelihatan Rita Rudaini mengulas lagi perkara ini dengan beberapa siri tweet seperti dibawah.

TERKINI: Rita Menang, Mahkamah Batal Permohonan Aidil Dapatkan Hak Penjagaan Anak

TERKINI: Rita Menang, Mahkamah Batal Permohonan Aidil Dapatkan Hak Penjagaan Anak -SHAH ALAM : “Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”
Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.
Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.
“Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.
“Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah,” katanya.
Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.
Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.
“Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif,” katanya.
Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.
Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.
Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.
Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.
Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan juga adalah alamat di Negeri Sembilan.
“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu,” katanya.
Permohonan hak penjagaan anak difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara. – SINAR HARIAN

KUALA TERENGGANU- RM2 uuntuk seekor tikus hidup atau mati



KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.
Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.
“Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
“Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.
“Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini.
“Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita,” katanya.
Bagaimanapun Ahmad mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa menangkap haiwan tersebut. – Bernama

BESUT-Remaja ketua Geng Padang Tapong

Manoharan meninjau rangka motosikal menjadi sasaran dua kumpulan curi motosikal yang berjaya dirampas dalam dua serbuan berasingan di Besut


BESUT – Seorang remaja dikatakan anak lelaki ketua kumpulan curi kereta ‘Hassan Budu’ berusia 14 tahun antara tujuh lelaki ditahan kerana dipercayai menjadi ketua sebuah kumpulan mencuri motosikal yang dianggotai remaja dan pelajar sekolah di daerah ini.

Dengan tertangkapnya anggota dua kumpulan berasingan itu di beberapa lokasi di daerah ini turut membawa kepada penemuan 39 buah rangka dan tiga kulit enjin motosikal dipercayai dicuri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Superintendan K Manoharan berkata, anak Hassan Budu dipercayai menjadi ketua  Geng Padang Tapong  yang aktif mencuri motosikal di daerah ini.

Menurutnya, kejayaan polis menangkap dua remaja terbabit di sekitar Kampung Tok Has, Jertih pada 9 September lalu telah membawa penahanan seorang lagi remaja menjadikan keseluruhan yang ditangkap daripada kumpulan itu seramai tiga orang termasuk pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah.

“Tiga suspek dari Geng Padang Tapong yang ditahan itu berusia 14 hingga 16 tahun dan berjaya merampas dua rangka motosikal yang dipercayai motosikal curi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Kamsani Hassan.

Manoharan berkata, polis masih lagi meneruskan siasatan ke atas kumpulan ini dan sedang mengesan tiga individu dikenal sebagai Kimie, Pop dan Nasa bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan, sebuah kumpulan lagi dikenal Timur terdiri daripada empat remaja lelaki berjaya ditahan di sekitar Kuala Besut berikutan tertangkapnya salah seorang daripada mereka pada 12 September lalu.

“Hasil penahan suspek Geng Timur telah membawa kepada penemuan 36 rangka motosikal kebanyakannya dari jenis Honda EX-5 dan tiga kulit enjin motosikal yang dibuang di dalam Tali Air Sungai Besut dekat Ampangan Pengairan Pangkalan Nangka, dekat Kuala Besut di sini.

“Kesemua yang ditahan dalam kumpulan kedua ini berusia 18 hingga 20 tahun membabitkan masing-masing seorang pengawal keselamatan dan jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Besut, seorang tukang rumah dan penganggur,” katanya.

Beliau berkata, daripada 36 rangka dipercayai motosikal curi termasuk dilaporkan hilang sejak 2006 hingga sekarang.

Kata beliau,  ada antara rangka motosikal yang ditemui itu bukan sahaja yang dilaporkan di negeri ini tetapi juga turut membabitkan yang dilaporkan hilang di Kelantan, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Polis turut mengesan dua individu dicari bagi membantu siasatan kes kumpulan Timur itu yang dikenali Nuar dan Idi Semerak.

Menurutnya, modus operandi kedua-dua kumpulan ini adalah mencari sasaran di kawasan beli-belah atau pasar raya yang sibuk dengan pengunjung dan menjadi motosikal Honda EX-5 dan Yamaha RXZ yang tiada kunci tambahan atau tidak dikunci ‘handle’.

“Suspek kemudiannya akan memasukkan kunci pendua berbentuk T ke dalam lubang suis sebelum menghidupkan dan melarikan motosikal tersebut. Suspek hanya mengambil komponen motosikal untuk dijual atau diguna sendiri manakala rangkanya dibuang,” katanya.

DUNGUN- dicekup berkhalwat bersama teman lelaki

Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah fl at dekat Bijangga.

DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Tuesday 25 September 2012

KETENGAH JAYA- Penjenayah pecah masuk rumah berputih mata...


KETENGAH JAYA – Seorang pemuda yang cuba berjinak-jinak dengan aktiviti pecah rumah bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil curi, malah terpaksa meringkuk di lokap selepas aktivitinya berjaya dihidu polis.

Perbuatan jenayah pemuda berusia 25 tahun itu mula dikesan polis selepas suspek dikatakan menawarkan barangan elektrik termasuk komputer riba dengan harga murah kepada penduduk sekitar yang tinggal di kawasan rancangan Felda.

Berikutan itu, satu serbuan dilakukan kira-kira jam 3.45 pagi semalam dan polis berjaya menahan suspek selain turut menemui sejumlah barangan elektrik seperti televisyen, kamera, komputer riba serta alat pembesar suara.

Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai milik kakitangan syarikat petrokimia yang dilaporkan hilang di Kerteh, Kemaman 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah, Dahlan Mohd Noor mengesahkan, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan mendakwa suspek di mahkamah sebaik mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya,” katanya.

BOMOH NIKAH BATIN MEROGOL DAN MELARIKAN WANITA


SEREMBAN - Seorang lelaki yang diberkas berhubung dakwaan memperdayakan wanita untuk tujuan seks dilepas tanpa dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM15,000 bagi empat kes berasingan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Bon jaminan itu dikenakan terhadap Mohd. Sombas Abdullah, 48, sementara menunggu keempat-empat pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan dibacakan terhadapnya pada 9 Oktober depan.
Di Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd. Sombas dikenakan bon jaminan RM12,000 dengan enam penjamin kakitangan awam atas tiga kesalahan mengikut Seksyen 49, 50 dan 52 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohamad mengeluarkan perintah bon jaminan tersebut bagi kesalahan mencela agama Islam, mempermain ayat suci al-Quran dan hadis serta melakukan perbuatan ajaran salah.
Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor mengenakan bon jaminan RM3,000 terhadap Mohd. Sombas dengan dua penjamin kakitangan awam.
Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bomoh itu disiasat mengikut Seksyen 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan iaitu memperdaya serta melarikan wanita untuk tujuan seks.
Pendakwa Syarie Kanan, Wan Mohd. Helmi Masran dan Zulzaidi Mahmod dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengendalikan kesemua kes yang dikenakan terhadap tertuduh manakala Mohd. Sombas tidak diwakili peguam.
Mohd. Sombas yang sudah berkeluarga gagal membayar bon jaminan tersebut. Tiada ahli keluarga tertuduh kelihatan di mahkamah. Malam tadi tertuduh ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai sebelum dia kemudian ditahan di penjara.
Kosmo! semalam melaporkan seorang bomoh yang didakwa memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan terperangkap apabila dia ditahan oleh JHEAINS di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini kelmarin.
Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki itu didakwa turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.

KUALA TERENGGANU – Kerana Rm50, berdepan penjara 14tahun

Mohd Zulkifli mengaku tidak bersalah merompak beg tangan milik seorang wanita di Mahkamah Majistret, di sini, semalam

KUALA TERENGGANU –  Tidak berbaloi! Gara-gara merompak beg tangan seorang wanita yang hanya mengandungi wang tunai RM50, seorang penganggur berdepan hukuman 14 tahun penjara dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Zulkifli Hamzah, 29, dari Felda Kerteh 4, Ketengah, Jaya, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Tertuduh mengaku tidak bersalah telah merompak beg duit milik Salina Mohd Rafi, 25, yang turut mengandungi kad pengenalan pada 10 November 2010 kira-kira jam 10 malam di Jalan Limbong Paka, Dungun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Sesyen.

Rawat cara ganas, 'pesakit' lari keadaan kaki berantai

KUALA TERENGGANU - Rahsia sebuah pusat pemulihan dadah persendirian di kawasan pantai Peranginan Merang, Setiu, yang mengamalkan sistem rawatan pemulihan dadah secara ganas kepada ‘pesakit’nya, terbongkar petang kelmarin.

Ia susulan penahanan salah seorang daripada ‘pesakit’ di situ yang nekad melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebuah chalet di kawasan pantai peranginan itu dalam keadaan kaki masih berantai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

“Susulan panggilan itu, kami terus bergegas ke lokasi dimaksudkan dan berjaya menahan lelaki berusia 35 tahun itu di dalam semak berhampiran.

“Setelah disoal siasat, lelaki berkenaan mendedahkan dia melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah persendirian yang beroperasi di kawasan itu, disebabkan tidak tahan dengan ‘keganasan’ sistem rawatan diperkenalkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurut Manoharan, sejurus menerima maklumat daripada lelaki itu, sepasukan anggota dan pegawai polis menyerbu pusat pemulihan dadah itu dan mendapati dua lagi lelaki berusia 26 tahun dan 30 tahun dikurung di dalam sebuah bilik dengan kaki masing-masing masih terikat.

“Kami telah menahan penjaga pusat pemulihan dadah persendirian terbabit yang berusia 24 tahun kira-kira jam 10 malam manakala pemilik pusat itu yang berusia 58 tahun, menyerah diri di IPD Setiu kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas gari, rantai dan peralatan yang digunakan untuk mengikat mangsa,” katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga mangsa yang diikat termasuk lelaki yang melarikan diri itu membuat laporan di IPD Setiu, jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi berikutan tidak tahan dengan cara rawatan yang diterima mereka.

Manoharan menjelaskan, siasatan mendapati pusat terbabit menawarkan rawatan pemulihan dadah berpakej dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan kepada individu yang menerima rawatan di pusat itu.

“Kami difahamkan ahli keluarga turut dibenarkan menetap di kawasan pusat berkenaan sementara menunggu ahli keluarga mereka menerima rawatan dalam tempoh ditetapkan.

“Kita faham niat murni pengusaha pusat itu untuk memulihkan penagih dadah namun cara dan pendekatan yang mereka perkenalkan itu tidak menepati peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan polis akan melihat aspek lain termasuk pusat pemulihan terbabit mempunyai kebenaran daripada pihak tertentu untuk menjalankan operasi mereka.

KUALA TERENGGANU- PADAH GIGIT JARI POLIS...


KUALA TERENGGANU - Padah gigit jari polis, seorang buruh terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua minggu dan dikenakan denda RM1,000 atau sebulan lagi penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan, selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Nizar Musa, 32, dari Kampung Batu Hampar, Manir, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggigit jari seorang anggota polis berpangkat Konstabel ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam, Muhammad Sahal Saufi menjalankan tugasnya di Jalan Pulau Manis, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 21 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Nizar yang ketika itu menunggang motosikal Yamaha Lagenda ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pulau Manis, Manir, di sini.

Bagaimanapun, Mohd Nizar yang ketakutan, cuba melarikan diri ketika polis meminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu sebelum berlaku pergelutan antara dia dan mangsa.

Dalam pergelutan itu, mangsa cedera di jari kelengkeng selepas digigit sebelum dia ditahan untuk tindakan lanjut.

AWEK 16 TAHUN HAMIL DITINGGAL KEKASIH DAN DIUSIR KELUARGA


AWEK 16 TAHUN HAMIL DITINGGAL KEKASIH DAN DIUSIR KELUARGA | KULIM – Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.
Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.
Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.
Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.
“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.
“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.
“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.
Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.
Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.
“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.
“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.
Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.
“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya


Kenapa Saya Biadap? – Ustaz Azhar Idrus


Kenapa Saya Biadap? – Ustaz Azhar Idrus | Pengaruh Ustaz Azhar Idrus sungguh hebat sejak akhir-akhir ini.
Namun biasalah, sudah tentu ada harga yang perlu dibayar.

Apatah lagi bukan semua yang melihat sesuatu perkara dari kaca mata yang sama.
Ada yang suka penceramah yang pandai buat lawak, ada yang suka penceramah yang serius, ada yang suka itu, ada yang suka ini.
Ada juga berpendapat penceramah yang baik bukan saja penceramah yang berjaya menarik khalayak, tetapi juga penceramah yang berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap pemikiran dan keperibadian khalayaknya.

Malah ada juga yang langsung taknak seseorang penceramah itu buat lawak, baginya agama bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan ketawa walau apa pun matlamat dan tujuan si penceramah itu.
Dalam hal ini, ada pihak yang beranggapan Ustaz Azhar biadap bila memperkatakan sesuatu perkara.
Benarkah Ustaz Azhar biadap? Kalau benar, kenapa dia biadap?
Mungkin klip ini boleh menjawab persoalan tersebut. Wallahualam

LELAKI INI HINA ISLAM MELALUI STATUS FACEBOOK


 LELAKI INI HINA ISLAM MELALUI STATUS FACEBOOK | Dalam kemelut issue video dan cartoon di majalah masih hangat lagi. Satu lagi manusia yang tak menghormati agama masing-masing.Individiu ini sungguh berani dengan lantang menulis status di laman sosial mengutuk ALLAH dan Nabi Muhammad saw.Memang pekara nie tak boleh di biarkan., sesuka hati saje untuk menghina.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya…Mari kita bersama-sama mendoakan supaya yang keras itu menjadi lembut. Semoga mendapat hidayah ALLAH dan melihat keindahan islam itu sendiri.. Jangan kita saling kutuk mengutuk,buktikan bahawa umat islam adalah manusia beretika dan mempunyai akhlak terpuji.

Anak meraung di masukkan sebatang lilin dua kali sehari..


ITRA – Sukar dibayangkan betapa sakitnya seorang budak berusia dua tahun apabila sebatang lilin perlu dimasukkan ke dalam duburnya dua kali sehari.
Namun itulah yang dilakukan ke atas Muhammad Anas Miqhael Salehuddin (gambar kecil) oleh ibunya bertujuan untuk memastikan dubur anaknya itu yang dibuat melalui pembedahan pada 12 September lalu tidak tertutup.
Anak kecil itu perlu melalui proses tersebut sehingga satu lagi pembedahan ke atas duburnya itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 25 Oktober depan.
Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, walaupun dia tidak sanggup mendengar jeritan anaknya setiap kali lilin tersebut dimasukkan sedalam empat sentimeter, dia terpaksa juga melakukannya bagi memastikan dubur anaknya itu tidak tertutup.
Katanya, proses memasukkan pelbagai saiz lilin yang dibekalkan oleh hospital ke dalam dubur anaknya perlu dilakukan setiap hari sehingga pembedahan akan datang dilakukan.
“Hati saya terhiris setiap kali mahu memasukkan lilin ke dalam lubang dubur Anas kerana dia akan menjerit kesakitan.
“Namun saya terpaksa lakukannya juga demi kebaikannya. Jika boleh biarlah saya yang merasai kesakitan itu kerana dia masih kecil,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Cermai di sini semalam.
Bagaimanapun penggunaan losen pelembap memudahkan proses memasukkan lilin ke dalam duburnya anaknya itu.
Kosmo! pada 10 September lalu melaporkan Muhammad Anas yang tidak mempunyai saluran najis dan lubang dubur, saluran makanan dan karung testis akan menjalani pembedahan ketiga tidak lama lagi.
Anak bongsu daripada empat beradik itu sudah bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan saluran bagi penyusuan melalui tiub getah dan mengeluarkan saluran najis hanya enam jam selepas dilahirkan pada tahun 2010
Ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011, dia telah menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke dalam perut.
Langkah itu bertujuan membolehkan kanak-kanak malang itu mengambil makanan menerusi saluran normal iaitu mulut.
Pada 25 Oktober depan, dia dijadual menjalani pembedahan keempat iaitu memasukkan usus ke dalam perut dan membuat karung testis.
Kata Maizatul Shahida, selepas pembedahan sebelum ini, anaknya kembali aktif namun mengalami demam sejak beberapa hari lalu menyebabkan berat badannya turun dari sembilan kilogram (kg) kepada 8.7 kg selain hilang selera makan.
“Saya terpaksa memasukkan tiub getah ke dalam lubang hidungnya untuk memasukkan susu dan satu lagi tiub ke dalam mulut bagi mengeluarkan kahak.
“Minuman susu tidak mencukupi kerana saya juga perlu memaksanya makan untuk mengaktifkan saluran pemakanannya agar tidak sempit,” katanya.

Sunday 23 September 2012

Guinness World Of Records Umum ‘Gangnam Style’ Pecah Rekod Dunia



Guinness World Of Records Umum ‘Gangnam Style’ Pecah Rekod Dunia | Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!
Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.
‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).
Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.
‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.
Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.
Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,
Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.
 Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.


Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’



Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’ | KLANG – Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.
Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.
“Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor,” katanya.

“Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini,” kata Dr Mohamad Farouk pada seminar ‘Pregnant by Choice, Not by Chance or Force’.
Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.
Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.
Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.
“Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda,” katanya.
Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.
Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.
Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.
Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.
Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.
Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.
Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.
Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.
“Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.
“Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga,” katanya.
Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.
“Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.
“Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling,” katanya.
Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.
Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.
“Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama,” katanya.
“Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM,” katanya. -The Star


DUNGUN- Pelajar IPTA dicekup berkemban bersama teman lelakinya

Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan.






DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.
Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki  yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.
Siasatan mendapati mereka bukan mahram.
Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .
Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

KUALA TERENGGANU- TOYOL KABEL

Abdullah mengaku salah di Mahkamah Majistret semalam, mencuri kabel TM


KUALA TERENGGANU - Individu paling aktif melakukan curi kabel milik syarikat Telekom Malaysia (TM) di sekitar kawasan Manir, di sini dikenakan hukuman penjara selama 31 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Abdullah Embong, 32, yang turut digelar ‘toyol kabel’ disebabkan hobinya yang suka mencuri kabel itu dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan memiliki harta curi iaitu kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abdullah didakwa pada 9 September lalu kira-kira jam 4.40 petang di kawasan semak berhampiran sawah padi Kampung Kubang Lembik, Manir, di sini, memiliki harta curi iaitu empat keratan kulit kabel milik TM berharga RM5,000.

Berdasarkan pertuduhan kedua, dia didakwa pada 10 September lalu kira-kira jam 4 petang di kawasan sama memiliki harta curi, iaitu enam urat kabel TM.

Selain itu, bagi pertuduhan ketiga, dia yang memiliki tiga rekod jenayah lampau itu didakwa memiliki empat urat kulit kabel milik TM di lokasi sama pada 8 September lalu kira-kira jam 3.30 petang dan pertuduhan keempat, dia didakwa pada 11 September lalu kira-kira jam 5 petang di kawasan semak itu dan jalan Simpang Padang Machang, Manir, di sini, memiliki kabel sepanjang 120 meter milik TM.

Selepas pengakuan bersalah Abdullah bagi keempat-empat pertuduhan itu direkodkan, Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan 10 bulan penjara untuk pertuduhan pertama dan 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua yang mana kedua-dua hukuman itu diarahkan berjalan serentak.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Noradila menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara dan 10 bulan penjara bagi pertuduhan keempat dan kedua-dua hukuman diarahkan berjalan berasingan.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan seorang buruh yang dipercayai antara individu paling ‘aktif’ melakukan kegiatan curi kabel milik syarikat TM di sekitar kawasan Manir, di sini, dicekup polis manakala rakannya ‘Sirul’ masih diburu.

Susulan penahanannya, polis berjaya menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar kawasan Manir milik TM yang melibatkan kerugian RM50,000 selain berjaya mengesan kedai-kedai barang lusuh yang menyediakan perkhidmatan membeli tembaga-tembaga curi di sekitar kawasan itu.

Modus operandi yang digunakan Abdullah bersama rakannya adalah dengan membuat rondaan dengan motosikal pada sebelah malam bagi mengenal pasti kawasan yang akan menjadi sasaran.

Selepas itu, mereka berdua akan melakukan kerja-kerja memotong kabel antara jam 3 atau 4 pagi yang mana ketika itu, penduduk setempat sedang tidur, sebelum memotong kabel manakala rakannya menarik kabel itu ke dalam semak dan proses pengasingan tembaga bermula dengan cara membakarnya.

KEMAMAN- pelajar maut terperosok di bawah treler

KEMAMAM – Seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru, yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler.

Kejadian di Jalan Cerul-Bukit Sagu, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Nor Asmawi Mohamad Nor, 17, yang terperosok di bawah treler, meninggal serta merta di tempat kejadian.

Perlanggaran berlaku secara berdepan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, semasa kejadian dipercayai mangsa menunggang beramai-ramai dengan rakannya, sebelum motosikal mangsa masuk ke laluan treler.

“Ketika kejadian penunggang motosikal tidak memakai topi keledar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Che Suza, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kerana cedera di kepala,” katanya.

KUALA TERENGGANU- bunuh bapa sendiri kerana RM350

Tertuduh mengaku ugut tikam dan bunuh ayah kandungnya kerana RM350 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU - Hanya kerana RM350, seorang anak seperti dirasuk hantu selepas mengamuk hendak menikam dan membunuh ayah kandungnya menggunakan sebilah pisau dalam satu kejadian di Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, Khamis lalu.

Bagaimanapun, si anak yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu akhirnya ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang juga seorang warga emas.

Dia yang baru berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah kepada bapanya dalam satu kejadian di kediaman bapa saudaranya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di sini, kira-kira jam 9 malam, 13 September lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Selepas pengakuan bersalah direkodkan, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membenarkan dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,500 oleh seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dan berasal dari Kampung Seberang Tepoh, di sini, berada di kediaman adiknya yang juga bapa saudara kepada tertuduh.

Sedang mangsa rancak bersembang dengan adiknya itu, tiba-tiba tertuduh datang mengamuk menggunakan sebilah pisau serta dalam masa sama mengugut hendak menikam dan membunuh mangsa kerana bengang permintaannya untuk mendapatkan RM350 sebelum ini tidak diendahkan.

Mangsa yang bimbang perkara tidak dingini berlaku terus lari membuat laporan polis dan sejam kemudian, susulan laporan diterima, tertuduh ditahan di kediaman mereka dan ditahan di Balai Polis Tepoh, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

CHUKAI- Ditipu blackberry buatan cina



CHUKAI – Seorang kerani kesal dan merasa tertipu apabila mendapati hadiah cabutan bertuah berupa seunit telefon pintar Blackberry, yang diterima dalam sebuah program yang diadakan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, di sini, bukanlah telefon asli sebaliknya buatan China.

Mohd Zulkifli Draman, 25, yang menetap di Mak Chili berkata, walaupun dia tidak membayar apa-apa untuk menyertai acara cabutan bertuah itu tetapi sebagai pengunjung yang dijanjikan dengan hadiah lumayan, dia terkilan seolah-olah ditipu oleh pihak pengurusan acara program berkenaan.

Katanya, dia menerima hadiah berkenaan kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu, hari pertama program itu berlangsung dan apabila tiba di rumah sejam kemudian, dia terkejut kerana mendapati Blackberry yang diterima pelik kerana bersaiz agak besar serta mempunyai nombor siri berlainan dengan yang tertera di kotak selain tidak mempunyai ruang untuk kad memori.

“Jadi keesokannya, saya bawa telefon itu untuk diperiksa di kedai telefon di Kompleks Beli-Belah Centre Point Kemaman dan pemilik kedai telefon memaklumkan bahawa saya individu keempat datang bertanyakan telefon seperti itu.

"Malah, pemilik kedai itu mendakwa tidak pernah melihat model telefon bimbit itu sepanjang 20 tahun berniaga," katanya.

Berasa tertipu dengan penganjur berkenaan, Mohd Zulkifli kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.21 petang di Balai Polis Chukai, sebelum pergi semula ke lokasi penganjuran program bagi mendapatkan penjelasan pihak pengurusan acara.

Pun begitu, Mohd Zulkifli, mendakwa apa yang dikesalkan pihak pengurusan acara itu hanya melayannya acuh tidak acuh sambil memberitahu mereka juga turut ditipu.

“Apa yang saya terkilan pengurus acara mengumumkan bahawa hadiah adalah telefon Blackberry. Jika mereka tahu telefon itu bukanlah original jangan umumkan kepada awam bahawa pengunjung bertuah akan mendapat telefon model itu.

“Saya melihat kes ini seperti sudah dirancang dan saya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan kerana sebagai sebuah program yang dianjurkan oleh salah sebuah kementerian seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Program berkenaan berlangsung pada 8 dan 9 September lalu,” katanya.

Katanya, pada bahagian belakang telefon berkenaan tertera perkataan CDMA by Qualcomm dan ia membuktikan bahawa telefon berkenaan bukanlah yang asli.

“Sebaliknya jenama Blackberry tertera pada bahagian hadapan telefon untuk mengaburi mata orang ramai,” katanya lagi.

SETIU- Proses malam tahun baru hasilakan bayi dalam masjid

MARANG - "Proses malam tahun baru dan merdeka, hasilnya... Mei dan September, demikian tajuk berita yang sesuai susulan penemuan bayi di ruang solat Masjid Saujana, Setiu,” kata Naib Yang Dipertua Pas Setiu, Dr Azman Ibrahim yang ditemui di sini, semalam.

Dr Azman berkata, imbas kembali kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana dilaporkan media pada 26 Januari 2011 bahawa 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini sepanjang 2010.

“Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember,” katanya.

Dr Azman berkata, hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sah’ dipercayai berlaku pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru sebelum itu.

“Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang pengarah JPN itu, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau menggunakan istilah ‘berpesta seks tanpa nikah’? Kenapa tidak digunakan saja istilah ‘berzina’ kalimah yang digunakan ALLAH SWT.

“Istilah ‘berzina’ nyata bunyinya saja sudah menggambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman menunggu pelaku yang terbabit itu,” katanya.

Dr Azman berkata, ironinya, statistik yang menggerunkan itu tidak sama sekali mengubah agenda Kerajaan Negeri dan tidak pernah berubah selain kelihatan tidak mahu berubah melainkan diubah kerajaan memerintah.

Menurutnya, malam tahun baru dan malam merdeka biasanya bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan dan sebagainya.

Menurutnya, kenyataan pengarah (JPN) itu juga ada menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu yang beragama Islam.

“Dalam pada itu, sebelum ini sebuah agensi berita turut melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009,” katanya.

Menurut nya, beliau tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik tetapi ingin melontarkan suatu persoalan bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam.“Kegagalan
sistem manusia sudah jelas, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakan yang lebih parah lagi?” katanya.

DUNGUN.... Lesapkan jogkong emas arwah bapa

Norhidayah menunjukkan gambar Mohd Shukri yang dipercayai hilang bersama jongkong emas milik arwah bapanya.


DUNGUN - “Saya harap adik lelaki saya segera pulang kerana ibu amat merindukannya,” kata Norhidayah Shaffee, 25, kakak kepada, Mohd Shukri, 23, seorang broker sambilan yang dilaporkan hilang setahun lalu selepas dipercayai melarikan jongkong emas milik arwah bapanya.

Norhidayah berkata, selepas bapanya meninggal dunia September 2011 lalu, adik lelakinya itu yang tinggal berasingan di rumah sewanya dekat Gong Gemia secara tiba-tiba menghilangkan diri menyebabkan Norhidayah dan 11 beradik yang lain hilang punca setelah menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka peninggalan arwah bapanya.

Kata Norhidayah, kehilangan adik lelakinya yang juga anak kesembilan daripada 12 beradik itu menjadi tanda tanya apabila Mohd Shukri dipercayai turut melarikan seketul jongkong emas bernilai kira-kira RM100,000 milik arwah bapa mereka yang diamanahkan kepadanya untuk menjaganya dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dibeli arwah bapa ketika hayatnya.

“Dia mungkin sudah menjual jongkong emas itu dan takut hendak pulang kerana pasti disoal kami adik beradik.

“Namun, itu bukan masalahnya, kalau dia tidak pulang, kami sukar menyelesaikan hal pusaka arwah,” katanya.

Menurut Norhidayah, mereka sudah puas mencari Mohd Shukri namun adik lelakinya itu yang turut bekerja sebagai kontraktor sambilan gagal dikesan.

"Kami sedia memaafkan kesalahan Mohd Shukri seandainya dia sudah menjual emas itu," katanya.

Katanya, paling penting dia mahu darah dagingnya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana hubungan adik beradik tidak akan terputus walau apa yang berlaku sekalipun.

“Jika dia terbaca kisah ini, harap pulang segera,” katanya.

Norhidayah juga sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan Mohd Shukri dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Norhidayah menerusi ta-lian 013-279 9766.

KUALA TERENGGANU - Tiga beradik mengaku saling bekerjasama melakukan dua jenayah pecah rumah dan satu jenayah curi motosikal


KUALA TERENGGANU - Tiga beradik mengaku saling bekerjasama melakukan dua jenayah pecah rumah dan satu jenayah curi motosikal sepanjang Ogos lalu di sekitar kawasan Tepoh, di sini.

Kegiatan ketiga-tiga beradik ini, Azani Ibrahim, 26, Shamsudin, 25, dan Mohd Tamizi, 23, dari Kampung Banggol Binjai, Tepoh, di sini, yang berkongsi ‘hobi’ sama terbongkar selepas mereka mengaku di Mahkamah Majistret semalam, melakukan kesemua jenayah itu.

Susulan pengakuan bersalah itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan dan denda RM9,000 terhadap mereka selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu dua pertuduhan pecah rumah dan satu pertuduhan mencuri sebuah motosikal.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga beradik itu mengaku melakukan pecah rumah dan mencuri enam bentuk cincin emas, dua buah telefon bimbit, seutas jam tangan dan wang tunai RM2,800 milik Mamat Abdullah, 62, pada 15 Ogos lalu kira-kira jam 8.20 malam hingga 10 malam di kediamannya di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, di sini.

Bagi kesalahan itu, Abdul Hayyi menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Ketiga-tiga beradik itu mengaku mengulangi jenayah sama dengan melakukan pecah rumah dan mencuri seutas rantai leher, seutas gelang emas, dua bentuk cincin emas, dua buah telefon bimbit, dua buah komputer riba milik Hasan Ismail, 31, di kediamannya di Kampung Padang Air, Tepoh, di sini.

Mereka mengaku mengulangi kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama itu pada 26 Ogos lalu kira-kira jam 10 malam sehingga 27 Ogos lebih kurang jam 12.05 pagi.

Abdul Hayyi menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara kepada mereka.

Selain itu, tiga beradik yang menganggur itu turut mengaku mencuri sebuah motosikal bernilai RM3,000 semasa melakukan pecah rumah ke atas kediaman Hasan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama itu, mereka dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan denda RM4,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.

Abdul Hayyi memerintahkan kesemua hukuman berjalan berasingan bermula dari tarikh sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala ketiga-tiga beradik itu tidak diwakili peguam.

KUALA TERENGGANU- Mengugut mencederakan bapa sendiri...


KUALA TERENGGANU - Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik.

Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Zapri mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada bapanya, Razali Muda, 59, pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 11 malam.

Zapri mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama itu di kediaman mereka di Kampung Gong Pak Maseh, di sini.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala Zapri tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Zapri telah meminta sejumlah wang daripada bapanya yang ketika itu sedang berehat di rumah mereka iaitu kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun, permintaannya tidak diendahkan malah si bapa memarahinya kerana kerap meminta wang, sedangkan dalam masa sama, dia bekerja dan memiliki gaji tetap.

Zapri yang tidak tahan mendengar bebelan bapanya, naik angin lalu mengamuk merosakkan keseluruhan harta benda di dalam rumahnya termasuk mencampakkan barangan elektrik.

Selain itu, Zapri turut mengugut akan mencederakan seisi keluarga yang berada di dalam rumah itu termasuk kedua orang tuanya.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu dan keesokannya iaitu 11 Ogos kira-kira jam 1 tengah hari, Zapri ditahan ketika berada di rumahnya.

KEMAMAN- Semua hangus terbakar....

Dari kiri Mohd Faizal, Mohd Satti, Julisha, Zaini dan wakil Pejabat Dun Chukai melihat keadaan sofa musnah terbakar yang dikeluarkan dari bahagian ruang tamu rumah.
 KEMAMAN – “Waktu api beralun di siling dan asap memenuhi ruang tamu rumah, saya berkejar ke tandas di bahagian dapur dan angkut air dengan baldi sebelum menyimbah air pada sofa yang marak,” kata suri rumah, Julisha Kasim, 38, yang nekad meredah asap sendirian demi mengelakkan keseluruhan rumahnya hangus dalam kebakaran semalam.

Tindakan pantas ibu lima anak ini nyata tidak sia-sia apabila api yang membakar sofa di bawah kotak fius elektrik di bahagian ruang tamu mulai reda dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.

Julisha berkata, saat keluar dari bilik tidurnya untuk mandi, dia terkejut melihat api membakar sofa dan lebih menakutkan, keadaan api yang menjulang mengakibatkan api beralun di permukaan siling rumahnya.

“Ketika itu timbul semangat luar biasa dalam diri saya untuk padamkan api tanpa saya fikir untuk keluar dari rumah dan menyelamatkan diri kerana apa yang saya fikirkan, hanya mahu selamatkan rumah kami. Saya redah asap dan simbah air ke atas sofa yang sedang marak.

“Sebanyak empat kali saya punggah air dan simbah, syukur api beransur reda dan sejurus itu ramai jiran datang bantu padamkan sisa kebakaran sebelum bomba tiba,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik cemas dialaminya.

Julisha berkata, semasa kebakaran, kotak fius meletup menyebabkan percikan api merebak ke bahagian dinding setentang dengan tempat kotak fius hingga sebahagian dinding itu turut dimamah api.

Menurutnya, ketika kejadian suaminya yang bertugas sebagai pemandu di sebuah syarikat di Geliga, Mohd Faizal Mokhtar, 42, keluar bekerja dan hanya dia dan tiga anaknya, Siti Najihah, 17; Che Azwanita, 17 (anak angkat) dan Zulfahmi, 5, berada di rumah.

Kesemua anaknya selepas menyedari rumah mereka terbakar segera keluar dari rumah kerana panik dan Siti Najihah meminta pertolongan daripada jiran.

Kerugian yang ditanggungnya sekeluarga dianggarkan bernilai RM10,000 kerana selain dua set sofa musnah, sebahagian struktur dinding rumah dan siling dimamah api.

Sementara itu, ibu saudara Julisha, Zaini Putih, 60, yang tinggal bersebelahan berkata, dia melihat asap hitam keluar dari tingkap rumah anak saudaranya itu sejurus cucu saudaranya menjerit meminta tolong.

Musibah yang menimpa keluarga Julisha itu turut mendapat perhatian Pejabat Dun Chukai dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pengkalan Pandan, Mohd Satti Said yang datang menziarah dan melihat keadaan rumah mangsa.

Bagi meringankan beban, Pejabat Dun Chukai akan menyalurkan bantuan baik pulih rumah termasuk pemasangan sistem pendawaian elektrik yang mana kerja-kerja baik pulih akan dilakukan segera iaitu bermula hari ini.

Mana-mana pihak yang turut sama mahu membantu boleh menghubungi Mohd Faizal menerusi talian 013-9673111.
Julisha (kanan) bersama anak dan ibu saudaranya menunjukkan kotak fius elektrik yang dipercayai tempat punca berlakunya kebakaran sehingga perabot dan dinding.