13 PERKARA YANG WANITA ISLAM PERLU JAGA
1. Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya
pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di
zaman jahiliyah.
3. Wangian
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang
sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan
dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi.
Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari
Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan.
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.
8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan
besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang
tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata.
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW;
“Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama
sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” –
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu
terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum
arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah
akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat
Ibn Majah.
11. Kemaluan.
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka
ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut.
“Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber: CahayaIslam.net
No comments:
Post a Comment