Tuesday 18 September 2012

petua diet seimbang untuk si jejaka dan si dara...

 mula2....
nahhhh... ambik kira korg punya bmi dulu b4 diet... hehehehehe... korg nk dpat tubuh cam gnie kan...??? ape lagi... start now syggggg!!!!




Ukuran BMI
a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau
Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:
23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)
Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.
Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.


1. JANGAN BERLAPAR

first info yg korg perlu tau utk amalkan diet adalah... mean diet 2... xsemestinye nk diet sampai xmkn lansung... 2 da over... even nk kurus pun... xkn la sampai nk tggal rangka jerrrk! memalukan la... lelaki tgk pun gelak tau!!!  definasi body cantik nie... adalah... mdapat body atau tubuh yg unggul bg mengimbangi struktur body kte... that mean... xyah la kurus sekeping cam papan lapis kan... so... korg kne la mkn jugak... tapi!!!!!!! jgan berlebihan.... utamakan sayur... itu super duper penting!!!

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

second!!! sebelum mkn 2... jgan la gelojoh sgt.... ambil sesuatu yg pahit dulu... tp bkan rokok ye!!!! xyah nk mgada2~~~ dr isap rokok yg bekepul2 asap 2... bek korg sedekah ye kat red! hehehehe... opppss... korg tau x sbb ape dimulakan dgn sesuatu yg pahit??? cara nie... menyebabkan tekak merasa pahit dan mgantar isyarat melalui otak bagi mengalakkan rembesan enzim dan asib hcl... kekurangan enzim dan asib hcl di dalam perut korg 2... akn myebabkan ketidakcekapan penghadaman.... takkkan korang nk sembilit kot!!!!!!! oohohohoho sakit derrrrrr

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

 air lak... penting utk body kte nie.... die mbasuh lemak2 yg belebihan dan mgeluarkan lemak secara pelahan keluar dari body kte.... besides.... jika kte minum air byak... konfem2 perut kte xleh terima mknan yg byk... that why... kte perlukan air.... tp kdg2 pelik gak.... yg lemak air 2 cam gane lak??? heheheheehe



4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.... so pasnie... xyah nk coke sgt la kan... lalalalalalalalalala

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yg tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat y disebabkan air. so ckup2 la ambik garam berlebihan even korang ske sgt mkn garam... top ad ke yg ske ratah garam membabi buta??? kompius tetibe~~~~

6. AMBIL SARAPAN PAGI 

korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, org yg takk mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka....

yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.... even korg lapar or kebulur sgt... jgan sampai melebey2... slow2 da la... hhehehehehe  Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.... kalo bleh.... lumatkan die sebelum telan pun okey^^

9. KEKERAPAN

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. SAMPINGAN

Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang.... bli byk2 tau gula2...

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan korang. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais korang.... tp kdg2 terliur gakkan tgk kek.... uhuhuuhuhuhu

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.... kalo bleh... korg minun sunquick.. super duper tbaik utk kurgkn lemak...

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda


 jgan timbang berat korg setiap hari kerana korg tidak akan nampak perubahannya. Jika korg minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin korg akan berputus asa untuk berdiet


15. PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIHAN BIJIRAN DAN KEKACANG

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korg makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korg makan, dan perasaan korg ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korg peka kepada keinginan makan korg. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korg boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korg kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korg lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korg. Mulakan diari makanan korg dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. CARA MEMASAK

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. PEMILIHAN

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korg habiskan!

21. BERJALAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korg berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korg menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korg baru saja terisi.

22. RANCANG PERBELANJAAN

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korg kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. LAKUKAN LATIHAN

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,

kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan

otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

No comments:

Post a Comment