Friday 21 September 2012

Suami bebas... Isteri dijatuhi hukuman gantung.....



JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini,hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskannya dari tuduhan membunuh anak kandungnya tahun lalu.
Hakim Samsudin Hassan memutuskan untuk membebas dan melepaskan Norafizan Udin, 31, yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dari tuduhan membunuh Nur Dania Qistina Norafizan, 4, selepas pihak pendakwa menerima representasi yang dikemukakan peguam bela.
Samsudin bagaimanapun mengekalkan tuduh ke atas isteri Norafizan, Dewi Nadia Alias, 26.
 Norafizan dan Dewi didakwa membunuh Nur Dania di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram disini pada jam 6 hingga 9 pagi, 9 Januari 2011.




Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Norafizan yang diwakili peguam G K Sritharan dan Ramesh Vasen telah mengemukakan representasi yang menyertakan alibi bahawa Norafizan tidak berada di lokasi ketika kejadian kerana keluar bekerja.
Dia yang memakai kemeja-T berkolar berwarna kelabu dan berseluar jeans mengucapkan syukur sambil menekup mukanya tanda syukur selepas mendengar keputusan hakim.
Dewi Nadia yang juga ibu tiri kepada mangsa mengaku tidak bersalah atas tuduhan pindaan yang dibacakan ke atasnya iaitu membunuh Nur Dania.
Samsudin menetapkan 23 hingga 25 Oktober ini bagi perbicaraan.
Dewi Nadia diwakili peguam, Sukhaimi Mashood.



No comments:

Post a Comment