Pasangan yang berusia di antara 22
hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi
Cegah Maksiat yang dijalankan.
Pegawai Tadbir Daerah Kluang,
Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan
dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.
“Namun, bahagian penguat kuasa
mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk
menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.
“Ia dikukuhkan lagi apabila
pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin
keluarga masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua
Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam
anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas
(CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut
akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih
RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,
jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, di Dataran Tasek Putih
Kluang, seramai empat pasangan remaja berusia lingkungan 17 hingga 21
tahun ditahan kerana duduk berdua-duaan di tempat gelap dan berkelakuan
tidak sopan di khalayak ramai ketika pemeriksaan dilakukan di sekitar
tasik
tersebut.
tersebut.
Mohd Khalil berkata, semua pasangan
terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum
RM1,000 atau enam bulan penjara.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar
memantau pergaulan anak terutama yang perempuan kerana sewaktu
pemeriksaan dijalankan mendapati ada pasangan yang ditahan adalah
pasangan sama yang dicekup pada operasi yang dijalankan sebelum ini.(SINAR HARIAN)
No comments:
Post a Comment