Saturday 22 September 2012

Kuala Berang.... 3 remaja perempuan mgaku pernah mengadakan hubungan seks

KUALA TERENGGANU: Kurang pendidikan agama dan kesibukan ibu bapa yang tidak memberi ruang untuk bersama anak terutama remaja punca utama tiga remaja berusia antara 16 dan 17 tahun membuat pengakuan berani terjebak dengan gejala sosial, sehingga sanggup menggadaikan tubuh, selain ketagih pil khayal.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata jabatan dan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan menangani masalah gejala sosial sepatutnya menjadikan pengakuan tiga remaja perempuan yang masih bersekolah itu sebagai iktibar dan wajar mengambil tindakan penyelesaian segera.

Beliau berkata, tiga remaja terbabit perlu diberi kaunseling dan panduan untuk berubah supaya tidak mengulangi perbuatan sama, selain mengelakkan lebih ramai pelajar terbabit dalam kancah negatif itu yang merosakkan masa depan mereka.

"Tiada guna kita menuding jari menyalahkan sesiapa, termasuk media yang menyiarkan pengakuan tiga remaja itu, sebaliknya kita menyarankan jabatan dan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab menangani masalah terbabit mengambil tindakan termasuk memanggil mereka untuk diberi kaunseling.

"Selepas meneliti pengakuan tiga remaja itu, secara peribadi saya berpendapat mereka memerlukan bimbingan dan punca utama menyebabkan mereka terjebak dengan gejala berkenaan disebabkan kurang perhatian ibu bapa, selain cetek pengetahuan agama," katanya kepada Edisi Timur di sini, semalam.

Muhammad Ramli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepuh berkata demikian mengulas pendedahan berani tiga remaja yang pernah terbabit dengan ketagihan seks dan pil khayal seperti disiarkan muka depan Edisi Timur akhbar ini, Isnin lalu.
Katanya, selain jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) juga mempunyai kepakaran untuk memberi kaunseling serta bimbingan.

"Saya tidak menolak kemungkinan ramai lagi remaja terutama perempuan yang terbabit dengan gejala berkenaan, tetapi mereka tidak berani membuat pengakuan seperti dilakukan tiga remaja itu," katanya.

Edisi Timur Isnin lalu melaporkan, tiga remaja berasal dari Kuala Berang dikenali sebagai Mila, Zai dan Sara berusia antara 15 dan 17 tahun mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki, selain ketagihan pil khayal.

Muhammad Ramli berkata, kerajaan negeri menganggap kes itu adalah terpencil dan siasatan secara menyeluruh termasuk mengesan identiti tiga remaja itu akan dilakukan.

No comments:

Post a Comment