ATUK BENGANG PUTUS CINTA DENGAN GADIS BERUSIA 16| REMBAU:
“Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan
gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini
saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis
belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah
ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas,
Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan
dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji
kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta
penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis
yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan
pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk
dan cucu.
Kata Mohd Adnan Hamid, 60 :
“Dia bekerja sebagai pembantu kedai
makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan
simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar
selepas dia bertukar sekolah.
“Sejak itu, kami sering berhubung
melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja
dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan
wang,”
No comments:
Post a Comment