KUALA LUMPUR – Pelakon Zuliana Abd.
Aziz, 29, atau Jue Aziz menafikan dakwaan dia memiliki hubungan istimewa
dengan suami pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Jue turut menegaskan, dia tidak suka
menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami
kepada rakan pelakonnya.
“Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia.
“Bagaimana kami boleh bercinta kalau
tidak pernah berjumpa? Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak
berasas,” luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.
Pelakon yang popular dengan drama Manjalara tersebut juga kesal kerana menjadi mangsa keadaan.
Tambahnya: “Saya anggap diri sebagai
mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk
pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan
Aidil.”
No comments:
Post a Comment